KOPERASI KAKITANGAN LPPKN (M) BERHAD. (4697)

NO.12B, TINGKAT 9, BANGUNAN LPPKN, JALAN RAJA LAUT,
50350 KUALA LUMPUR.

Tel/Fax : +603-2692 8661, +603-2613 7555 Samb. 3900
Emel : [email protected]

Blog

view:  full / summary

AHLI LEMBAGA KOPERASI BARU

Posted by Koperasi Kakitangan LPPKN on September 25, 2018 at 11:50 PM Comments comments (0)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Anggota Perwakilan Koperasi pada Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Kakitangan LPPKN kali ke - 22, telah melantik  Encik Mohd Firdaus Mazalan sebagai Ahli Lembaga Koperasi yang baru, menggantikan Ahli Lembaga Koperasi Puan Azyan Mohamed Ali yang telah bersara.

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Firdaus MazalanJutaan terima kasih juga diucapkan kepada Puan Azyan Mohamed Ali di atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan  selama 12 tahun berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Koperasi .  Jasamu dikenang.


'PRE-SHOPPING RAYA'

Posted by Koperasi Kakitangan LPPKN on November 2, 2017 at 12:10 PM Comments comments (0)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


AKAN DATANG!


'Pre-Shopping Raya' ke Ho Chi Minh, Vietnam

1 February - 3 February 2018


Ambil peluang percutian bersama keluarga, selain membeli-belah di sekitar Ho Chi Minh yang terkenal dengan produk berkualiti yang murah.

Nantikan 'Update' yang selanjutnya. Sementara itu, anda bolehlah mula merancang percutian anda!


Sebarang pertanyaan berkenaan package ini sila hubungi Koperasi.



PERCUTIAN 10 HARI 7 MALAM KE EROPAH BARAT

Posted by Koperasi Kakitangan LPPKN on November 1, 2017 at 11:55 PM Comments comments (0)

Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera 


Capai Impian Percutian Anda!!

Percutian 10 hari 7 malam ke Eropah Barat!!

Percutian ke 5 Negara sekaligus!!

Pakej Makanan Halal!!


Koperasi Kakitangan LPPKN dengan kerjasama Koperasi Kakitangan Petronas (Kopetro) menawarkan satu pakej percutian ke negara-negara Eropah Barat (London,Perancis, Amsterdam, Belgium dan Switzerland)


Hubungi Nombor tertera untuk maklumat lanjut




SUMBANGAN TABUNG KEBAJIKAN KOPERASI

Posted by Koperasi Kakitangan LPPKN on August 29, 2016 at 10:50 PM Comments comments (0)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera Dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.


Kepada anggota-anggota Koperasi

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Ke 19 yang lalu telah meluluskan pemotongan Tabung Kebajikan Koperasi, telah dinaikkan sebanyak RM2.00 bermula Julai 2016'. Kenaikkan ini disebabkan pertambahan kadar bantuan sumbangan kebajikan.


1. Tabung Kematian - Anggota RM 1,000.00

- Pasangan Yang Sah RM    400.00

- Anak Sendiri/Anak Angkat Yang Sah RM    400.00 - Ibu Bapa anggota RM    400.00


2. Masuk Hospital - Tinggal Di Wad 3 Hari RM     50.00

(Kecuali Bersalin) - Tinggal Di Wad 3 - 7 Hari RM    100.00

Tinggal Di Wad Melebihi 8 Hari RM    150.00

(Terhad Tuntutan Maksimam 2 Kali Dalam Setahun Untuk Anggota Sahaja)


3. Perkahwinan - Perkahwinan Pertama Dan Menjadi Anggota Melebih 1 Tahun

RM    200.00


4. Bencana Alam RM    200.00


Sekian, terima kasih.

BORANG PENAMA / WASI

Posted by Koperasi Kakitangan LPPKN on October 29, 2014 at 2:30 AM Comments comments (0)


Tarikh : 30 Oktober 2014


Assalamualaikum.. Salam sejahtera, salam satu Malaysia..


Semua anggota-anggota Koperasi


Pengurusan Koperasi dalam proses mengemaskinikan  nama pewaris untuk anggota Koperasi.  Oleh  itu  kami  berharap  semua  anggota   hendaklah mengisi  borang pewaris/wasi dengan lengkap  yang boleh di download di http://kooplppkn.webs.com/muatturunborang.htm    dan   menghantar  kepada   Koperasi secara fax (03-26928661) atau melalui pos. 


Borang penama ini di mestikan diisi oleh setiap anggota dan borang penama yang lama akan dibatalkan. Penghantaran borang ini hendaklah dihantar dalam tempoh dua minggu bermula dari tarikh makluman  ini sehingga 16 November 2014.


Sekian, terima kasih.

SELAMAT MA'AL HIJRAH 1436H

Posted by Koperasi Kakitangan LPPKN on January 8, 2014 at 8:15 PM Comments comments (0)

'SELAMAT MA'AL HIJRAH 1436H'

KEPADA SEMUA AHLI-AHLI KOPERASI DAN WARGA LPPKN. SEMOGA ALLAH MENERIMA SEMUA AMALAN KITA PADA TAHUN INI DAN SEMOGA TAHUN BARU KITA SAMA-SAMA BERHIJRAH UNTUK MEMBENTUK KEPERIBADIAN YANG LEBIH SEMPURNA...:):):)


PEMINDAHAN SYER ANGGOTA

Posted by Koperasi Kakitangan LPPKN on October 29, 2013 at 11:10 PM Comments comments (0)

Koperasi Kakitangan LPPKN (M) Berhad ingin membuat tawaran kepada Anggota Koperasi yang belum mempunyai tambahan syer untuk membeli syer anggota mengikut Seksyen 56 Undang-undang Kecil Koperasi Kakitangan LPPKN (M) Berhad seperti butir-butir berikut:

Jumlah Syer Yang
Akan Dipindahkan : RM8,300.00
(Sehingga Jun 2013)
Tarikh Buka : 04 November 2013
Tarikh Tutup : 30 November 2013

Anggota yang berminat dikehendaki mengisi borang yang boleh didapati daripada Pejabat Koperasi dan dihantar kepada Pengurus Koperasi sebelum tarikh tutup.

Sekian. Makluman.

Tarikh:  30 Oktober 2013

PENGIKTIRAFAN PEMBIAYAAN BAI AL-'INAH DAN MURABAHAH

Posted by Koperasi Kakitangan LPPKN on September 2, 2013 at 10:05 PM Comments comments (0)

Assalamualaikum...


Kami ingin memaklumkan pembiayaan Bai Al-'Inah dan Murabahah telah pun mendapat pengiktirafan dalam Pematuhan Syariah.  Sijil Pematuhan ini telah dikeluarkan pada 31 Julai 2013.


Dalam Mesyuarat Agung yang ke 16 perkara ini telah dibahaskan dan telah dipersetujui oleh semua perwakilan.  Pada Mesyuarat  Agung ke 17 pengurusan koperasi telah memutuskan untuk melaksanakan pembiayaan syariah ini pada bulan September 2013 dan perkara ini juga telah dipersetujui sebulat suara oleh semua perwakilan.


Sekian, terima kasih.


BERITA TERKINI : ARAHAN BANK NEGARA

Posted by Koperasi Kakitangan LPPKN on September 2, 2013 at 9:40 PM Comments comments (9)

Assalamualaikum...

Kami diarahkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia berdasarkan surat dari Bank Negara Malaysia supaya mengambil langkah demi kepentingan kestabilan kewangan bagi sektor koperasi.


Antara langkah-langkah yang perlu dipatuhi ialah :


a) Tempoh pembayaran balik bagi pembiayaan peribadi tidak melebihi tempoh maksima 10 tahun.


b) Kaedah pengiraan potongan gaji bagi tujuan pembiayaan dibawah Skim Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) diperluaskan dengan mengambil kira jumlah bayaran balik bagi kesemua pinjaman seseorang individu (iaitu merangkumi pinjaman dibawah skim).


c) Had pemotongan gaji tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah bersih pendapatan.


Arahan ini berkuatkuasa mulai 5 Julai 2013.  Sila hubungi Koperasi jika ada sebarang masalah.

Terima kasih.

HANDPHONE

Posted by Koperasi Kakitangan LPPKN on April 14, 2011 at 1:45 AM Comments comments (4)


DAPATKAN PELBAGAI PRODUK HANDPHONE TERKINI
DENGAN HARGA MURAH SECARA TUNAI ATAU ANSURAN.

...

(Klik di sini untuk mendapatkan maklumat selanjutnya)





Rss_feed